07 March 2009

salam MAULIDUR RASUL buat saudaraku..

assalamualaikum warahmatullah...

bersyukur kehadrat Ilahi kita masih lagi diberikan 2 nikmat yang tidak ternilai yakni nikmat Islam dan nikmat iman..Alhamdulillah..Hari ini 12 Rabiulawal 1430 Hijrah selurah umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan memeperingati hari kelahiran Rasul junjungan kita NAbi Muhammad s.a.w.

Saudaraku sekalian

Mudah mudah pada bulan yang mualai ini kita sama sama dapat mempertingkatkan amal ibadat kita.Hal ini adalah kerana pada bulan Rabiulawal ini terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku seperti :

1. Kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

2. Perlantikan nabi menjadi Rasul.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah.Rasulullah tiba di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal
4. Banyak peperangan berlaku pada zaman Rasulullah.

5. Wafatnya junjungan kita Rasulullah s.a.w di rumah isterinya Aisyah ra pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah.

6. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahudin al-Ayubi yg telah menewaskan tentera Salib dan seterusnya telah membuka pintu Baitul Muqaddis pada tahun 583H.

7. Kejatuhan kerajaan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol,kubu terakhir tentera Islam di Andasula telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H.


petikan dari:buletin UniMAP (shoutul iman)

No comments: