06 March 2009
FAKTA SEJARAH ISLAM
Fakta Warisan Islam
Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf
" Bismillahir Rahmanir Rahim ". Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah.
Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 ( Bismillah ), 8 ( al-Rahman) dan 6 ( al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21.
Huruf Nilai Nombor Nama & Transkipsi
1 alif
2 ba: b
400 ta:t
500 tha: th
3 jim: j
8 ha: h
600 kha: kh
4 dal: d
700 dhal: dh
200 ra: r
7 za: z
60 sin:s
300 shin: sh
90 sad: s
9 ta: t
900 za: z
70 'ain
1000 ghain: gh
80 fa: f
100 qaf: f
20 kaf: k
30 lam: l
40 mim: m
50 nun: n
5 ha: h
6 waw: w
10 ya: y
Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat Bismillahirrahmanirrahmim dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.
Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:
mim ya ha ra lam alif nun mim ha ra lam alif ha lam lam alif mim sin ba
40 10 8 200 30 1 50 40 8 200 30 1 5 30 30 1 40 60 2
2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786
Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:
ha lam lam alif
5 30 30 1
alif + lam + lam + ha = Allah
1 + 30 + 30 + 5 = 66
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment