18 February 2012

PERAK KECEWAKAN ATM DALAM SAINGAN PIALA FA

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Perak muncul pasukan pertama meloloskan diri ke pusingan kedua Piala FA dalam satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada malam ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas ATM.

Gol perlawanan disumbangkan pemain tengah, Michal Kubala seawal minit keempat menerusi sepakan percuma di Stadium Ipoh itu.

Sang Seladang yang tewas dua perlawanan sebelum ini lebih banyak mengaturkan serangan separuh masa pertama dan peluang paling hampir untuk ATM menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-19 tetapi Nasril Nourdin dapat membaca rembatan rendah Zaquan Adha Abdul Razak.

Tugas ATM yang tidak dapat menurunkan Marlon Alex James bertambah sukar selepas Hairuddin Omar tidak dapat meneruskan permainannya akibat kecederaan hamstring.

Bagaimanapun, situasi itu tidak membataskan pelawat untuk memburu gol kerana dilihat lebih banyak menguasai perlawanan sejak perlawanan bersambung namun anak-anak buah Norizan Bakar terus kental mempertahankan kelebihan mereka.

Perak kemudian turut kehilangan Akmal Rizal Rakhli sebelum gandingannya, Shafiq Jamal pula menyusul akibat kecederaan. Nasib yang sama turut dialami pertahanan ATM, Aidil Zafuan Abdul Razak yang berlanggar dengan rakan sepasukan, K. Rubben.

Pemain import gantian, Lazar Popovic bagaimanapun gagal memainkan peranannya dengan baik meskipun beberapa kali mendapat umpanan yang baik ekoran ATM banyak menumpukan di bahagian serangan.

Perak bernasib baik apabila K. Nanthakumar berada di kedudukan tepat untuk menafikan cubaan Irwan Fadli Idrus di atas garisan.

Lawan yang menanti Perak dalam berikutnya akan ditentukan esok di antara Terengganu dan PDRM

No comments: