Mawaddah
Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
Ia, tiada bertempat
Kerana tempat Ia yang menjadikan
Ia memberi tiada mengambil manfaat
Kerana Dia tiada berhajat
Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaan-Nya
Dia disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah
Kalau bertambah ertinya Ia kurang
Dia tetap dengan kesempurnaannya
Maha Suci Ia dari kekurangan
Ia sedia kala
Tiada didahului oleh tiada
Zatnya tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan setan
(Bila dia Zat Yang Maha Agung)
Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendaknya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
No comments:
Post a Comment