24 April 2009

MARI HAYATI..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Hadith 1
Seperti yang tertera di atas, hadith ini merupakan induk utama dalam Islam. Tiada lagi keraguan tentang hadith di atas kerana perawinya cukup arif tentang hadith. Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat dinafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak diterima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya;
“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”
Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia. ALLAH tahu apa yang kita perlu. ALLAH amat menyayangi kita. Kita lihat pula niat buruk;
“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehinggalah engkau melakukannya.”
Sekali lagi, lihatlah kemurahan ALLAH. ALLAH amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya. Rasulullah s.a.w juga amat kasih pada umatnya… ” Ummati, ummati, ummati…Ummatku, ummatku, ummatku…”. Namun adakah kita hargainya? Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh s.w.t. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya… Lakukanlah keranaNya.

Apa maksud niat?
Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.
Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t
Apa pula maksud hijrah?
Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.
Konteks kini : Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.
Perubahan yg merangkumi kehidupan kita, kehidupan kita sebagai muslim. Semua manusia inginkan kehidupan yang lebih baik. Rumah yg besar, gaji yg besar, kereta yg besar, t.v. yg besar, juga isteri yg ‘besar’. Semua ini memang keinginan manusia apabila ingin berubah. Namun, kita lupa pada satu perubahan, perubahan yg berkait hidup dan mati kita, perubahan yg menentukan kita di pihak mana, al-Haq atau al-Batil… Kita lupa! Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bukan separuh-separuh…
“Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya…” ( al-Baqarah:208 )
ALLAH memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk ISLAM ini separuh-separuh atau sebahagian sahaja. Selalu sahaja kita dengar:
“Alah, nanti aku nak kahwin, aku ikutlah sunnah nabi…”
“Terkonkong la, semua benda nak buat mesti ada syarat…”
“Eh? Buat apa nak ikut syarat-syarat itu semua, nanti tak untung kita…”
Demikianlah keluhan demi keluhan yang menolak perubahan kepada ISLAM, perubahan yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, hidup dan selepas kita mati. Adakah anda masih mahu menunggu lagi?
Pokok perbincangan hadith
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
Para ulama’ menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.
2) Kenapa niat penting :
a. untuk bezakan ibadat dengan adat.
b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu dilandaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. ALLAH telah berjanji dalam hadith ini bahawa apabila kita berhijrah kerana ALLAH, maka kita akan dapat ganjaran di sisi ALLAH s.w.t. Apabila kita berhijrah kerana dunia atau wanita, seperti hadith di atas, maka kita juga akan perolehnya tanpa ganjaran di akhirat nanti.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
• tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
• haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
• dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
• makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
• jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.”(adz-Zariyaat:56)
ALLAH telah menciptakan kita untuk beribadah kepadaNya, beribadah dalam sepenuh masa. Bagaimana? Itu semua bergantung kepada niat kita, yg mana kita tahu dengan niatlah ia akan membezakan sama ada ibadah atau adat. Kita lihat contoh kesan-kesan di atas, semuanya merangkumi perbuatan yg kita lakukan dalam kehidupan kita, malah perbuatan tersebut secara zahirnya tidak menunjukkan kita beribadah kepada ALLAH. Makan, nampakkah seperti ibadah? Minum, nampakkah? Main, apatah lagi jauh sekali dari konsep ibadah yg masyarakat ISLAM faham sekarang… Jauh sekali! Namun, dengan niatlah ia merubah, evolusi kepada ibadah. Hanya dengan mengatakan… ‘Aku lakukan ini hanya kerana ALLAH’,di iringi denga kerendahan hati yg patuh dan taat kepada perintahNya, di sertai kerelaan melakukan perbuatan itu keranaNya, bukan semata-mata adat yg keluarga kita lakukan atau bangsa kita lakukan. Tetapi awas, bukan semua adat boleh berubah menjadi ibadah, kerana ia terbatas dengan syarat-syarat yg tidak bertentangan dengan ISLAM. Syarat yg mesti dipatuhi. Tak akan berlaku perkara ini ;
“Aku mencuri ini hendak tolong orang yg susah…” ujar Robin Hood.
Tidak boleh, wahai saudaraku. Perbuatan yg melanggar tatasusila ISLAM, maka ia tidak berubah menjadi ibadah dengan hanya menyebut ‘keranamu ya ALLAH’. Tidak sekali-kali ia berubah. Yg haram dalam ISLAM, tetap harap dalam ISLAM, manakala yg halal dalam ISLAM, tetap halal dalam ISLAM.
Antara pengajaran hadis:-
(1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
(2) Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
(3) Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
(4) Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

No comments: