04 July 2012

Guna peluang Malam Nisfu Syaaban

SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT. Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.” Malam pengampunan Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan).” Imam al-Auza’i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW). Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani’: Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka. Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya.” Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah RA berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda SAW di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah RA berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.” Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: “Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud AS “Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya.” Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka.” Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal. “Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim. ” ”
Mustajab doa Abu Sa’id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, “Wahai Abu Sa’id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda SAW.” Berkata Abu Sa’id RA, “Apabila Rasulullah SAW keluar solat Subuh, Baginda SAW akan membaca: “Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku.” Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?” Aisyah berkata, “Saya berkata, “Bukan begitu, wahai Rasulullah!” Sabda Baginda: “Telah datang kepada saya Jibril AS dan berkata, “Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak.” Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, “Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?” Saya berkata, “Ya.” Baginda bersabda, “Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud.

27 March 2012

TINGGINYA NILAI AURAT WANITA


RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.

Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.
Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi

22 March 2012

8 iktibar selepas 8 tahun Ahmad Yaasin syahid

Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.

5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.

6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.

7. Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.

8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid.

Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.

09 March 2012

Apa Kata Datuk Saifudin Abdullah mengenai DEBAT

Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.


Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!
template joomla

02 March 2012

TANDA TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK

kebiasaannya orang unafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura pura mengikut ajaran islam dan mengaku mereka adalah seorang islam tetapi didalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini...

berikut adalah tanda tanda seseorang itu menjadi munafik:

1] IMAN TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH

orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang dimana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. orang yang tidak teguh imannya sentiasa beru ubah menikut keadaan. mereka sangat mudah terikut ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2] TINDAK TANDUK SENTIASA BERUBAH UBAH

orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. ketika dia bersama orang yang beribadat, dia akan turut sama beribadat walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan megikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3] TIDAK TETAP KATA

dia sentiasa mengubah pendiriannya. sewaktu bersama orang mukmin lainnya, dia akan memuji muji islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang mukmin, secar senyap dia akan menghina islam.

4] SENTIASA MENGHARAPKAN KEBAIKANNYA DIBALAS

jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5] JIWANYA TIDAK TENTERAM

dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa hidup dalam kepura puraan dihadapan orang ramai dan tidak akan dapat melaksanakan keendaj hatinya.

6] MENJADIKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT HIDUP

mereka hanya menjadaikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.

mudah mudahkan kita di jauhkan dari tergolong dalam kalangan orang orang yang munafik..marilah kita sama sama muhasabah kembali diri kita yang kerdil ini...

sumber rujukan:buku berjudul 'Indahnya HIdup Bersyariat' karya Dato' Ismail Kamus